PENGERTIAN
Kata yang memberikan nama kepada orang, binatang, benda dan tempat.
Contoh:
Orang - ayah, ibu, kakak, adik, abang, cikgu, pelajar, polis, peguam, Alim, Khairul dan sebagainya.
Binatang - kucing, si Tompok, Sang Kancil, buaya, harimau, tikus, gajah dan sebagainya.
Benda - meja, jam, kerusi, rumah, tangga, kereta, komputer, kasut, beg dan sebagainya.
Tempat - sekolah, The Mall, Maktab SOAS, Universiti Brunei Darussalam dan sebagainya.
KATA NAMA AM DAN NAMA KHAS
NAMA AM - Menamakan sesuatu secara umum (general).
contoh: jam, sekolah, kereta, beg dan sebagainya.
NAMA KHAS - Menamakan sesuatu secara khusus (specific).
contoh: Rolex, Tag Huer, Nike, Adidas, Maktab SOAS, STPRI, bank Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan sebagainya.
KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)
KGND 1 - Orang yang bercakap.
KGND 2 - Orang yang dengan bercakap.
KGND 3 - Orang yang tidak berada dalam KGND 1 dan 2 (diluar perbualan)
contoh:
KGND 1 - aku, saya. kami, kita, patik, hamba, beta dan sebagainya.
KGND 2 - awak, kau, kamu, anda, tuan hamba, tuan patik dan sebagainya.
KGND 3 - mereka, dia, beliau, baginda dan sebagainya.
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
